Thursday, 30 March 2023

Part 1: Review Penapis Air Mana Yang Paling Berbaloi (Cuckoo atau Coway)


Hai semua.

Ni ari Mama Anis ada banyak masa, so Mama Anis nak share dengan korang semua Tips Nak Pilih Penapis Air antara Cuckoo atau Coway. Almaklum ler Mama Anis baru jer tukar penapis air baru + penapis udara ( Penapis udara ni secara tak sengaja terbeli..Nanti Mama Anis cita)

Mama Anis tergerak nak buat post ni, sebabnya ramai kawan-kawan dok tanya, naper pilih Cuckoo, kerana rata-rata mereka pakai Coway. Baru-baru ni jer mereka nampak sebab tengok Gegarvaganza huhuhuhu..

Mama Anis tau, mesti ramai teragak-agak nak pilih jenama Cuckoo atau Coway. Sebelum ni pun Mama Anis hadapi situasi yang sama. Sebab kawan-kawan kata Coway bagus dan ada jugak yang cakap Cuckoo bagus. Memang Confius๐Ÿ’†๐Ÿ’†. So daripada situ Mama Anis start buat research (cewahhh poyo jer bunyi kan๐Ÿ˜…)

Dengan gigihnya Mama Anis Google dan pegi ke booth yang jual Coway dan Cuckoo.

SEJUJURNYA TAK DER LA BANYAK BEZA PUN. Kedua-dua ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Bagi Mama Anis, ia banyak bergantung pada BAJET & KEPERLUAN kita.

Sebagai contoh, Coway ada macam-macam penapis air, dan setiap model hasilkan kualiti air berbeza-beza (RO,Mineral & Alkali).

Untuk memudahkan korang, Mama Anis bagi 4 PERBANDINGAN yang cukup mustahak sebelum korang buat pilihan.


1) HARGA & KONRAK

Semestinya Mama Anis akan comparekan harga dahulu. Bukan apa, supaya tak membebankan dikemudian hari. Jika silap beli, akan terikat dengan kontrak yang panjang paling-paling tidak 5 tahun..Rugi kan? 

Hasil survey Mama Anis dapati, Penapis Cuckoo jauh lebih murah, dengan kualiti air mineral beralkali ringan. Ada beberapa pilihan harga bawah RM100 seperti:



Model King Top2 ~ RM82/bulan (Promosi RM58/bulan)
⇝ Model Xcel ~ RM85/bulan (Promosi RM66/bulan)
Model VIVID ~ RM93 (Promosi RM66/Bulan. Air Panas dan Suam)
Model Iris Top ~ RM97
Model WARRIOR ~ RM100 












Kontrak pula, bagi Mama Anis, sangat berbaloi. Sekarang ni ramai yang suka plan sewa, sebab tak perlu komitment nak kena bayar servis, jadi kita buat seperti langgan Astro, bayar je bulanan, servis ok, kita teruskan, servis tak ok, kita terminate jer. Kontrak Cuckoo, lepas 3 tahun, kita dah boleh terminate atau nak upgred tukar model lain pun boleh, tanpa kena panaty. Bab ni yang buat Mama rasa lega, sebab kita baru nak guna, andaikata tak puas hati atau bila keluarga makin besar, kita boleh return balik atau upgred tukar model lain. Kalau nak jadikan hakmilik, sambung je bayar sampai tahun ke 4&5, masa ni Cuckoo kurangkan harga bulanan, lps 5 tahun mesin jadi hakmilik.
                                                                                                               

2) KUALITI AIR

Dari segi kualiti air, Mama Anis lebih tertarik dengan Cuckoo ni, kerana hasilkan air mineral beralkali ringan. Tak kira Model mahal atau murah, semua kualiti air sama. Tak seperti Coway, kalau nak yang Mineral & alkali, mesin air lain-lain dan jauh lebih mahal.

Air mineral bealkali Cuckoo ni, bagus untuk kesihatan, sebab PH dia tak over dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

Untuk Coway pula, kebanyakan model menghasilkan air Reverse Osmosis (RO). Kalau ada jenis Mineral Beralkali, harga agak mahal. Air RO ni ada kebaikan juga, sangat-sangat sesuai untuk pesakit buah pinggang. Sebab buah pinggang dah rosak, jadi perlu ambil air yang tak der apa-apa mineral untuk ringankan kerja buah pinggang.

So terpulang pada keperluan korang la yer.. Macam Mama Anis, memang suka Air Mineral Alkali ni, kalau korang, Mama Anis tak tau la.

Tapi kalau korang jenis tak kisah minum air apa-apa pun, korang ambil yang RO pun dah ok. Cuma kalau korang jenis aktif, ada pulak anak kecil, atau untuk mak ayah korang, better ambil air mineral ni, sebab banyak manfaat kesihatan untuk korang sekeluarga. Tak caya korang boleh la Google sendiri yer.


3) SERVIS / WARRANTY

Servis Cuckoo ni setiap 4 bulan sekali. Bila Mama Anis tanya, diaorang bagi tau setiap kali servis mereka akan buat ceklist, serta tukar filter baru. Cukup setahun complete set semua filter baru.

Coway pula, servis setiap 2 bulan sekali, dia akan buat ceklist, cuci filter dan tangki. Pertukaran filter 6 bulan sekali.

Warranty pula kedua-duanya sama, sepanjang tempoh kontrak. 

Masa Google-google tu ari, Mama Anis tengok, Cuckoo tak banyak orang complain pasal servis ni 
(yang ni Mama Anis suka).. Kalau korang nak puas hati lagi, korang boleh la usha-usha sendiri. 


4) BAYARAN SERVIS LEPAS TAMAT KONTRAK

Korang jangan terlepas pandang yang ni. Mama Anis pun belajar daripada pengalaman yang lepas-lepas. Ramai orang masa beli, main beli jer, tak tanya bayaran servis lepas tamat kontrak. Korang patut tahu, kerana bila dah tamat kontrak, mereka tak akan datang servis dan mantain korang punya penapis air..

Jadi untuk pastikan semua di servis dan mantain macam biasa, korang perlu bayar pakej servis.

Hasil daripada survey Mama Anis Penapis Air Cuckoo menawarkan pakej servis paling murah. Paling best, tiap kali bayar pakej servis, cuckoo akan extend warranty. Jadi mesin sentiasa terjaga.


5) TANGKI / TANK

Dari segi material, tangki Cuckoo dibuat daripada keluli Anti-karat dan Anti-bakteria. sangat-sangat bagus untuk kekalkan suhu sejuk/panas air dalam tangki. 

Manakala tangki Coway pula menggunakan plastik. Korang rasa-rasa mana lagi bagus?

Technician Cuckoo bagi tau, sistem refill Cuckoo ni laju. Kalau korang ambil air 1 gelas, terus dia refill satu gelas. Jadi korang tak akan terputus bekalan air, walaupun tangki tak besar. Kata diaorg kecil-kecil cili padi๐Ÿ˜œ. Macam revolusi hand phone (hp) dan televisyen (tv).. Kalau dulu semua besar-besar. Bila teknologi makin canggih, semua slim-slim dan nipis... Sampaikan Cuckoo ada penapis air yang tanpa tangki (tankless), tapi boleh ambil air Cold, Hot dan Room Temperature on the spot, unlimited๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ. 

Coway pula memang perlukan tangki yang besar. Untuk hasilkan air RO, filter dia kena tapis titis demi titis, sebab nak tapis semua jns mineral, sebab tu  Coway perlu tangki yang besar. Kalau tangki kecil, jenuh la nak tunggu dia tapis.


KESIMPULAN

So kesimpulannya, apabila Mama Anis bandingkan kedua-dua jenama ni, Mama Anis memilih penapis air  daripada Cuckoo, kerana ia menawarkan harga yang sesuai dengan bajet Mama Anis, dengan kualiti air yang Mama Anis perlukan. Lagipun family Mama Anis besar, so ngam sangat-sangat la pakai model ni.

Masa beli Cuckoo Combo tu ari, Mama Anis dapat FREE YURAN RM265 + FreeGift daripada website cuckoo ni. So  kalau nak JIMAT, korang boleh tengok Promosi apa yang ada. Macam tu ari Mama Anis ambil Combo Penapis Air+ Penyaman udara.

Mama Anis cadangkan korang boleh klik je website kat bawah ni. Dengan diaorang ni, lagi mudah dan cepat. Sale Representative (SR) diaorang akan terangkan apa yang korang nak tau dengan lebih detail.

Tak kira la, lokasi korang kat mana, korang boleh berurusan dengan Cuckoo. Sebabnya semua boleh buat online. 

Kalau korang tak tau nak pilih model apa, SR diaorang akan bagi FREE CONSULTATION. Korang jangan risau, diaorang tak akan paksa korang beli๐Ÿ˜†.

Mama Anis siap boleh request untuk pasang saluran daripada penapis air ke sinki, masa tu masih lagi percuma, tapi tak sure la nanti kalau mereka dah start kenakan bayaran. So senang Mama Anis nak basuh buah, sayur atau nak pakai buat masak. Sah-sah air bersih. Paling syok, dapat Extra Gift lagi.

Mama Anis harap perkongsian ni dapat bantu korang. Untuk detail, korang tekan jer link kat bawah ni, nanti korang jawab je soalan survey, sbb mereka nak tau korang nak cari produk apa, lps tu mereka akan contact korang (Nanti korang akan dpt kupon hadiah drp diaorg๐Ÿ˜). Mama Anis pun tak tau sangat kalau nak citer lebih-lebih. 


Mama Anis harap perkongsian ni dapat la bantu korang.








Wednesday, 18 September 2019

PENAPIS UDARA CUCKOO

Alhamdulillah... dah lama nak menulis, tapi asyik bz jer... Tapi ni ari Mama Anis luangkan masa skit untuk sharing ngan korang..

Musim-musim jerebu ni, memang berguna sangat penapis udara Cuckoo yang mama anis beli tahun lepas. Skrang  ni masa yang tepat untuk Mama Anis share dengan korang.

Sebelum ni ramai yang tanya Mama Anis, penapis udara ni AirCond ker? Perlu ker penapis udara ni? TAPI, bila masuk musim2 JEREBU ni, semua dok tanya ok dak penapis udara yg Mama Anis pakai tu, kawan2 pun dah rasa ia macam satu keperluan. So jgn risau, kat bawah ni Mama Anis share satu persatu.


AIRCOND vs AIR PURIFIER

Aircond (Air Conditioner) ni dalam Bahasa Melayu di panggil penghawa dingin atau penyaman udara. Fungsi aircond lebih pada pindah haba dari dalam rumah, ke luar rumah. Disamping tu dia akan menyejukkan udara. Sebab tu bila pasang aircond korang akan rasa sejuk.

Air Purifier pula, adalah penapis udara, yang akan menapis segala habuk, asap, jerebu, serta kotoran pada udara dan akan buat udara dalam rumah bersih. Zaman serba canggih ni, ada banyak fungsi dan model penapis udara ni. Sampaikan Bakteria dan Virus pun boleh tapis.


Berbalik pada soalan biasa yang kawan2 Mama Anis tanya bila mereka datang rumah Mama Anis:

PERLU KE PENAPIS UDARA NI?

JAWAPAN NYA..MEMANG PERLU SANGAT!!!.. Tengok la dengan cuaca jerebu sekarang ni, dok dalam kereta pun kita rasa pedih mata2, sbb partikel2 halus asap jerebu ni... Jadi bayangkan la, kat luar udara kotor, dalam kereta pun sama, takkan kat rumah pun nak dok dalam udara tercemar ni..

Tahun lepas sblm Mama Anis terjebak beli penapis udara ni, asalnya rumah ada bela kucing kaki pendek yg bulu lebat tu, tak tahan la Mama Anis dengan bulu dia, hari2 nak kena sapu. Faktor ke dua pulak, asben Mama Anis ni PEROKOK ๐Ÿ˜ก, jadi tak tahan bau rokok buat rumah mcm bau semacam je.. So sebab tu la Mama Anis pegi cari penapis udara ni.

Mula-mula ingatkan biasa-biasa jer fungsi dia, tapi bila agen cuckoo ni cerita, wow, banyak kelebihan penapis udara ni. Siap boleh tapi Asap merbahaya dan virus pun boleh tapis. Jadi kalau ada baby memang sangat2 la digalakkan beli penapis udara ni.


KENAPA MAMA ANIS PILIH PENAPIS UDARA CUCKOO?

1. Harga Mampu Milik

Yer, yang ni Mama Anis suka sangat, dengan RM75.47 dah dapat  pakai penapis udara cuckoo ni.

sumber google


2. Ada Plasma Ionizer

Penapis udara Cuckoo ada Fungsi Plasma Ionizer, yang berfungsi untuk nyahkan pencemaran udara daripada habuk, asap kenderaan, pembinaan sekitar rumah dan juga pembakaran terbuka (penyumbang Jerebu)



3. Dapat tapis kotoran dan juga pencemaran udara ( Jerebu)

Penapis udara Cuckoo akan menapis segala kotoran diudara termasuk virus. Antara pencemaran yang boleh ditapis termasuk

  • Asap (Jerebu)
  • Habuk
  • Bakteria
  • Hama
  • Bulu binatang seperti kucing
  • Gas beracun
  • Asap rokok
  • Bau hapak
Jika korang ada masalah asthma atau alergik, dengan pemasangan berterusan, akan dapat membantu mengurangkan masalah tersebut. Kerana tapisan Penapis Udara ni sangat halus, sampaikan Hama, atau Virus pun dapat ditapis.


4. ULTRA 2.5 PM FILTER

Penggunaan Filter yang canggih, mampu menapis zarah-zarah merbahaya seperti pollen, jerebu berbanding Filter jenis HEPA. Zahrah halus yang boleh ditapis adalah sehalus 2.5 micron




5. Air Cleanliness Indicator

Berfungsi untuk menilai tahap kebersihan udara dalam rumah. Jadi bila Mama Anis on je penapis udara ni, terus keluar warna. Contoh kalau udara kotor akan keluar warna merah, nanti lps beberapa ketika lps proses pembersihan udara dilakukan, lampu akan bertukar pada kualiti udara yg terbaik.




6. Servis & tukar filter

Yang ni Mama Anis suka, sebab setiap 4 bulan sekali cuckoo akan datang servis dan tukar filter percuma.


KESIMPULAN

Rasanya tu jer setakat ni yang Mama Anis rasa penting untuk korang tau. Nak terangkan panjang lebar Mama Anis tak reti sangat. Sekarang ni Mama Anis tengok dah ada model baru dan promosi terbaru cuckoo. So korang boleh la grab promosi tu.


gambar google.


Tu ari, Mama Anis dapat FREE YURAN RM265 + FreeGift daripada website cuckoo ni. So  kalau nak JIMAT, korang boleh tengok Promosi apa yang ada. Macam sekarang ni kalau beli cash korang dapat percuma Multi-Cooker bernilai RM952, kalau korang ambil yang installment blh dapat percuma portable penapis udara kereta bernilai RM600

Mama Anis cadangkan korang pergi jer ke website ni 

Tak kira la, lokasi korang kat mana, korang boleh berurusan dengan Cuckoo.

Kalau korang tak tau nak pilih model apa, Executive diaorang akan bagi FREE CONSULTATION. Korang jangan risau, diaorang tak akan paksa korang beli๐Ÿ˜†.

Yang paling best, diaorang memudahkan Mama Anis untuk Register Online. Tu ari kawan Mama Anis order dalam masa 24jam dah siap pasang๐Ÿ˜. Memang pantas laa.
































Thursday, 21 February 2019

BELI PENAPIS AIR CUCKOO CASH @ INSTALLMENT... MANA LAGI UNTUNG?

Ok la, sejak Mama Anis tulis pasal review penapis air Cuckoo tahun lepas, ramai yang  email tanya Mama anis, mana lagi ok, nak beli cash atau installment. Disebabkan Mama Anis ada masa terluang ni ari, Mama Anis jawab je kat sini yer.. harap-harap korang sudi la baca sampai habis..

Sebenarnya, kalau kita tengok apa2 benda pun semestinya beli cash lagi untung... Tapi apa2 pun, terpulang pada poket korang. Macam Mama Anis, nak keluarkan sedebuk duit tu, idok ler temam mampu..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Mama Anis boleh bagi contoh Penapis Air Fusion Top Cuckoo, sebab ni model yang Mama Anis pakai. Model ni juga memang sesuai untuk rumah dan memang antara model yang jadi pilihan ramai.

Jom kita tengok kira-kira kat bawah ni. Beza dia dari segi promosi.. Standard biasa belian cash akan dapat WARRANTY, SERVIS + TUKAR FILTER PERCUMA SELAMA 2 TAHUN.





FUSION TOP INSTALLMENT
D
Dalam entry Mama Anis sebelum ni, untuk Fusion Top, under Normal plan. Bermaksud, bila masuk tahun ke 4&5, bayaran bulanan akan makin berkurang. Boleh tengok kat bawah ni:

1-3 tahun ~ RM98
4-5 tahun ~ RM80

Total kita bayar untuk 5 tahun = RM5448

Dalam masa 5 tahun ni, kita tak perlu bayar apa-apa. Kerana Cuckoo akan datang servis + tukar filter setiap 4 bulan sekali. Warranty mesin pun Cuckoo akan cover sepanjang kontrak 5 tahun tu.


FUSION TOP CASH

Harga Outright/ Cash RM3200, Cuckoo akan bagi warranty dan percuma servis + tukar filter selama 2 tahun. Ada juga masa-masa promosi, cuckoo akan bagi tambahan percuma servis lagi 1 tahun (total 3 tahun). 

Bayaran pakej servis untuk Fusion Top, RM400.


Jom kita kira kalau tanpa promosi, belian cash percuma servis 2 tahun

Cash RM3200

Bayaran servis setahun RM400 x 3 tahun = RM1200

Total untuk 5 tahun = RM4400

Perbezaan installment & Cash = RM5448-RM4400=RM1048

So kita tengok kat sini, jika belian cash, untuk jangka masa 5 tahun, kita masih lagi untung RM1084


Kalau masa uols beli Cuckoo promosi  tambahan 1 tahun servis lagi, kiraan mcm kat bawah

Cash RM3200
Bayaran servis setahun RM400 x 2 tahun = RM800

Total untuk 5 tahun = RM4000

Perbezaan installment & Cash = RM5448-RM4000=RM1448

So kita tengok kat sini, jika belian cash, untuk jangka masa 5 tahun, kita masih lagi untung RM1448

MEMANG JIMAT SANGAT! 


MANA LAGI BERBALOI?

Mama Anis memang tak dapat bagi jawapan ni.. Semua terpulang pada korang. Ada sesetengah orang, lebih suka bayar ansuran, kerana dah tak perlu fikir untuk servis sepanjang 5 tahun tu. Bayaran pula memang auto debit terus daripada akaun, jadi memang tak der masalah terlupa nak bayar dan sebagainya. Satu lagi, harga ansuran bagi Mama Anis, memang mampu milik kerana bawah RM100, untuk kualiti Air Mineral Beralkali Ringan. Bila masuk tahun ke 4&5, harga makin rendah. Dengan adanya plan macam ni, semua orang mampu dapatkan kualiti air terbaik untuk seisi keluarga.

Ada juga yang suka belian cash kerana tidak mahu tertikat dengan komitment bulanan. Jika ada duit lebih memang berbaloi sangat-sangat. Kalau di kaji-kaji, memang harga penapis air untuk kualiti Air Mineral Beralkali Ringan ni memang mampu milik, berbanding harga cash model-model cuckoo yang lain.

KESIMPULAN

Mama Anis harap entry kali ni dapat bantu korang buat keputusan. 

Tak silap Mama Anis, Cuckoo masih lagi bagi FREE YURAN RM265. Kalau nak lagi best, Mama Anis syorkan pegi je ke website Cuckoo ni, memang cepat urusan dia, siap dapat FREE GIFT lagi. Tak kira korang kat mana pun, mereka cover satu Malaysia. Mama Anis punya saudara mara dan kawan-kawan pun suka rekomen mereka. korang klik jer link kat bawah tu.


Haaa, satu lagi, bulan ni masih lagi ada Promosi Cash/Outright PERCUMA 2+1 Servis. Korang boleh tanya diaorang nanti..

Mama Anis tak sabar nak tunggu periuk Cuckoo Mama Anis sampai. Nanti Mama Anis story lagi. 










Monday, 14 January 2019

TERAPI GUASA UNTUK SAKIT KEPALA & MIGRAIN

Hai Uolss.... Dah lama Mama Anis tak Sharing ngan korang.. Ni ari Mama Anis nak share something yang sangat-sangat best..Terutama bagi mereka yang ada masalah migrain dan sakit kepala macam Mama Anis nie.

Sebelum ni Mama Anis memang kerap sakit kepala, ubat panadol dan ponstant ni macam makan kacang jer ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Kalau tak ambil memang tak leh tahan.. Siapa2 yang pernah rasa, tau la macam mana kan.

So nak dijadikan cerita, Mama Anis baru pindah rumah, so paham-paham jer la bila pindah rumah ni, memang badan sakit-sakit, rasa bisa-bisa satu badan.. So Mama Anis gigih la dok cari kat group penduduk sekitar Selayang, Gombak dan Rawang.. nak cari orang datang mengurut. Alhamdulillah, akhirnya jumpa la jugak.

Urutan dia 2jam, sangat-sangat best, kalau tengokkan muda lagi orang nya.. Mama Anis mula-mula ragu-ragu jugak, sbb biasa terkena, kita nak urut betulkan urat-urat, tapi yang datang takat gosok-gosok jer... Tu yang mula-mula, Mama Anis cuak la juga...๐Ÿ˜†

Tapi tak per la, tak cuba kita pun tak tau kan.. So mula-mula dia urut tapak kaki Mama Anis, pergh.. rasa berketul-ketul urat kat situ.. Dalam hati Mama Anis, alamak, don't judge a book by its cover.. Termalu sendiri rasa.. Teguran Allah pada Mama Anis๐Ÿ˜“.

Walaupun badan Mama Anis ni berisi, kena jer tiap tempat yang dia sentuh. Ha, satu lagi, jarang sekarang ni nak dapat orang urut macam bidan dulu-dulu.. Dia siap petik urat besar celah kangkang, wah masa tu sakit, almaklum laa dah lama tak berurut betul-betul macam tu. Tapi lepas dia lembutkan dan betulkan urat-urat dan otot kat situ, terus tak rasa sakit macam mula-mula dia pegang.

Sambil-sambil urut tu, Mama Anis sembang la dengan Su.. Satu lagi kepakaran dia, Selain urut traditional dan Urut Besalin, Su ada cerita pasal GUASA.. Mama Anis tak pernah dengar sebelum ni.. Ooo Rupanya, satu kaedah terapi. Korang tengok la kat bawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡. Tak larat nak taip satu-satu.


Masa sembang-sembang tu Mama Anis cerita la pasal sakit kepala ni... Lepas selesai urut, Su bagi Mama Anis cuba terapi ni.. Dia bagi trial percuma untuk Mama Anis. Wah...excited sangat-sangat Mama Anis rasa..

Untuk terapi tu mula-mula dia gesek papan guasa tu kat bahagian kepala Mama Anis. Masa tu rasa sangat-sangat macam pasir-pasir halus jer.. Bila Mama Anis tanya, Su bagi tau, mengikut daripada Dr dan Sensei yang mengajar dia, tu adalah salur darah kepala yang dah mula blok. Dekat kepala asa banyak salur darah halus-halus. Jika orang migrain, mesti rasa macam berpasir jer bila gesek papan tu.. Tapi yang magicnya ( yer la perkara baru bagi Mama Anis), bila beberapa kali buat, rasa sangkut tu hilang. kepala mula rasa ringan...

Kat kepala tu dia bahagikan kepada beberapa bahagian. Bila dah selesai, Su tambah sikit lagi dengan gesek kat bahagian tepi leher Mama Anis. Terus nampak merah-merah. Bila dia diagnos tu SA tahap 2. Kemungkinan banyak toksik dalam badan, dan salur darah tak dapat mengalir dengan baik.

Lepas selesai sesi tu, badan Mama Anis rasa ringan, kepala rasa lega sangat-sangat.. Total sesi tu dekat 2jam 45 minit laa.. Mama Anis tanya, berapa cas tambahan, sbb lega sangat-sangat dan mama Anis puas hati la dengan servis dia. Tapi dia bg tau, lebihan masa dia tak cas, anggap la tu hadiah daripada dia... Adoiii, baiknya ko dik.. mudah-mudahan melimpah ruah razeki.

Mama Anis tetap bagi ekstra kat Su, sbb Mama Anis paham tenaga dan masa yang dia dah luangkan untuk Mama Anis. Memang nampak terpancar dia punya passionate dalam buat urutan dan terapi tu.

Malam tu Mama Anis tidur lena sangat2.. Bila bangun pagi badan rasa ringan, mood pun ceria jer๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡.  Kesan-kesan SA kat leher tu, ada rasa sengal sikit-sikit jer. Yang paling best, asben Mama Anis tegur, seminggu tak dengar Mama Anis bagi tau sakit kepala. Kalau tak asben la terpaksa tolong picitkan kepala Mama Anis. Alhamdulillah, Mama Anis dah seminggu tak ambil apa2 pain killer sbb kepala tak sakit.

Dalam hujung minggu ni Mama Anis dah booking appt untuk sesi ke-2. Tak sabar nak tunggu.

Owh lupa pulak, korang boleh la tengok Madame Su punya website ni
---> GuasaExpertByMadameSu <--- Korang kena tengok tau, sbb banyak video & gambar-gambar real kat situ. So korang akan dapat la sedikit idea tentang terapi ni.

Tapi website ni khas untuk Guasa jer. Boleh la kalau korang ada masalah-masalah dan nak cuba cari alternatif lain. Sebab bagi situasi Mama Anis, kalau nak ngadap ambil pain killer je, lama-lama takut juga masalah buah pinggang. Tapi kalau ada alternatif lain, yang blh buat kita kurangkan pengambilan pain killer, why not cuba. Sbb ilmu Allah maha luas, setiap penyakit, pasti ada ubatnya.

So kalau korang sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak, Ampang, Rawang & Shah Alam nak urut, nak cari Confinement Lady, boleh la contact dia. Kat website tu ada no wasap dia.

Mama Anis just sharing melalui pengalaman yang Mama Anis dah lalui. Kalau benda bagus, apa salahnya kongsi. Razeki Allah Maha Luas.

Ok la, kat bawah ni senarai link untuk urut dan terapi. korang tengok la yer..

---> Let's Urut ( Confinement & Traditional Massage) <--- link urut

---> GuasaExpertByMadameSu <--- link terapi guasa

Ok la, Mama Anis stop kat sini dulu. Nanti ada benda-benda best, Mama Anis share lagi yer.