Wednesday, 18 September 2019

PENAPIS UDARA CUCKOO

Alhamdulillah... dah lama nak menulis, tapi asyik bz jer... Tapi ni ari Mama Anis luangkan masa skit untuk sharing ngan korang..

Musim-musim jerebu ni, memang berguna sangat penapis udara Cuckoo yang mama anis beli tahun lepas. Skrang  ni masa yang tepat untuk Mama Anis share dengan korang.

Sebelum ni ramai yang tanya Mama Anis, penapis udara ni AirCond ker? Perlu ker penapis udara ni? TAPI, bila masuk musim2 JEREBU ni, semua dok tanya ok dak penapis udara yg Mama Anis pakai tu, kawan2 pun dah rasa ia macam satu keperluan. So jgn risau, kat bawah ni Mama Anis share satu persatu.


AIRCOND vs AIR PURIFIER

Aircond (Air Conditioner) ni dalam Bahasa Melayu di panggil penghawa dingin atau penyaman udara. Fungsi aircond lebih pada pindah haba dari dalam rumah, ke luar rumah. Disamping tu dia akan menyejukkan udara. Sebab tu bila pasang aircond korang akan rasa sejuk.

Air Purifier pula, adalah penapis udara, yang akan menapis segala habuk, asap, jerebu, serta kotoran pada udara dan akan buat udara dalam rumah bersih. Zaman serba canggih ni, ada banyak fungsi dan model penapis udara ni. Sampaikan Bakteria dan Virus pun boleh tapis.


Berbalik pada soalan biasa yang kawan2 Mama Anis tanya bila mereka datang rumah Mama Anis:

PERLU KE PENAPIS UDARA NI?

JAWAPAN NYA..MEMANG PERLU SANGAT!!!.. Tengok la dengan cuaca jerebu sekarang ni, dok dalam kereta pun kita rasa pedih mata2, sbb partikel2 halus asap jerebu ni... Jadi bayangkan la, kat luar udara kotor, dalam kereta pun sama, takkan kat rumah pun nak dok dalam udara tercemar ni..

Tahun lepas sblm Mama Anis terjebak beli penapis udara ni, asalnya rumah ada bela kucing kaki pendek yg bulu lebat tu, tak tahan la Mama Anis dengan bulu dia, hari2 nak kena sapu. Faktor ke dua pulak, asben Mama Anis ni PEROKOK 😑, jadi tak tahan bau rokok buat rumah mcm bau semacam je.. So sebab tu la Mama Anis pegi cari penapis udara ni.

Mula-mula ingatkan biasa-biasa jer fungsi dia, tapi bila agen cuckoo ni cerita, wow, banyak kelebihan penapis udara ni. Siap boleh tapi Asap merbahaya dan virus pun boleh tapis. Jadi kalau ada baby memang sangat2 la digalakkan beli penapis udara ni.


KENAPA MAMA ANIS PILIH PENAPIS UDARA CUCKOO?

1. Harga Mampu Milik

Yer, yang ni Mama Anis suka sangat, dengan RM75.47 dah dapat  pakai penapis udara cuckoo ni.

sumber google


2. Ada Plasma Ionizer

Penapis udara Cuckoo ada Fungsi Plasma Ionizer, yang berfungsi untuk nyahkan pencemaran udara daripada habuk, asap kenderaan, pembinaan sekitar rumah dan juga pembakaran terbuka (penyumbang Jerebu)



3. Dapat tapis kotoran dan juga pencemaran udara ( Jerebu)

Penapis udara Cuckoo akan menapis segala kotoran diudara termasuk virus. Antara pencemaran yang boleh ditapis termasuk

  • Asap (Jerebu)
  • Habuk
  • Bakteria
  • Hama
  • Bulu binatang seperti kucing
  • Gas beracun
  • Asap rokok
  • Bau hapak
Jika korang ada masalah asthma atau alergik, dengan pemasangan berterusan, akan dapat membantu mengurangkan masalah tersebut. Kerana tapisan Penapis Udara ni sangat halus, sampaikan Hama, atau Virus pun dapat ditapis.


4. ULTRA 2.5 PM FILTER

Penggunaan Filter yang canggih, mampu menapis zarah-zarah merbahaya seperti pollen, jerebu berbanding Filter jenis HEPA. Zahrah halus yang boleh ditapis adalah sehalus 2.5 micron




5. Air Cleanliness Indicator

Berfungsi untuk menilai tahap kebersihan udara dalam rumah. Jadi bila Mama Anis on je penapis udara ni, terus keluar warna. Contoh kalau udara kotor akan keluar warna merah, nanti lps beberapa ketika lps proses pembersihan udara dilakukan, lampu akan bertukar pada kualiti udara yg terbaik.




6. Servis & tukar filter

Yang ni Mama Anis suka, sebab setiap 4 bulan sekali cuckoo akan datang servis dan tukar filter percuma.


KESIMPULAN

Rasanya tu jer setakat ni yang Mama Anis rasa penting untuk korang tau. Nak terangkan panjang lebar Mama Anis tak reti sangat. Sekarang ni Mama Anis tengok dah ada model baru dan promosi terbaru cuckoo. So korang boleh la grab promosi tu.


gambar google.


Tu ari, Mama Anis dapat FREE YURAN RM265 + FreeGift daripada website cuckoo ni. So  kalau nak JIMAT, korang boleh tengok Promosi apa yang ada. Macam sekarang ni kalau beli cash korang dapat percuma Multi-Cooker bernilai RM952, kalau korang ambil yang installment blh dapat percuma portable penapis udara kereta bernilai RM600

Mama Anis cadangkan korang pergi jer ke website ni 

Tak kira la, lokasi korang kat mana, korang boleh berurusan dengan Cuckoo.

Kalau korang tak tau nak pilih model apa, Executive diaorang akan bagi FREE CONSULTATION. Korang jangan risau, diaorang tak akan paksa korang beliπŸ˜†.

Yang paling best, diaorang memudahkan Mama Anis untuk Register Online. Tu ari kawan Mama Anis order dalam masa 24jam dah siap pasang😍. Memang pantas laa.
































Thursday, 21 February 2019

BELI PENAPIS AIR CUCKOO CASH @ INSTALLMENT... MANA LAGI UNTUNG?

Ok la, sejak Mama Anis tulis pasal review penapis air Cuckoo tahun lepas, ramai yang  email tanya Mama anis, mana lagi ok, nak beli cash atau installment. Disebabkan Mama Anis ada masa terluang ni ari, Mama Anis jawab je kat sini yer.. harap-harap korang sudi la baca sampai habis..

Sebenarnya, kalau kita tengok apa2 benda pun semestinya beli cash lagi untung... Tapi apa2 pun, terpulang pada poket korang. Macam Mama Anis, nak keluarkan sedebuk duit tu, idok ler temam mampu..πŸ˜‚πŸ˜‚

Mama Anis boleh bagi contoh Penapis Air Fusion Top Cuckoo, sebab ni model yang Mama Anis pakai. Model ni juga memang sesuai untuk rumah dan memang antara model yang jadi pilihan ramai.

Jom kita tengok kira-kira kat bawah ni. Beza dia dari segi promosi.. Standard biasa belian cash akan dapat WARRANTY, SERVIS + TUKAR FILTER PERCUMA SELAMA 2 TAHUN.





FUSION TOP INSTALLMENT
D
Dalam entry Mama Anis sebelum ni, untuk Fusion Top, under Normal plan. Bermaksud, bila masuk tahun ke 4&5, bayaran bulanan akan makin berkurang. Boleh tengok kat bawah ni:

1-3 tahun ~ RM98
4-5 tahun ~ RM80

Total kita bayar untuk 5 tahun = RM5448

Dalam masa 5 tahun ni, kita tak perlu bayar apa-apa. Kerana Cuckoo akan datang servis + tukar filter setiap 4 bulan sekali. Warranty mesin pun Cuckoo akan cover sepanjang kontrak 5 tahun tu.


FUSION TOP CASH

Harga Outright/ Cash RM3200, Cuckoo akan bagi warranty dan percuma servis + tukar filter selama 2 tahun. Ada juga masa-masa promosi, cuckoo akan bagi tambahan percuma servis lagi 1 tahun (total 3 tahun). 

Bayaran pakej servis untuk Fusion Top, RM400.


Jom kita kira kalau tanpa promosi, belian cash percuma servis 2 tahun

Cash RM3200

Bayaran servis setahun RM400 x 3 tahun = RM1200

Total untuk 5 tahun = RM4400

Perbezaan installment & Cash = RM5448-RM4400=RM1048

So kita tengok kat sini, jika belian cash, untuk jangka masa 5 tahun, kita masih lagi untung RM1084


Kalau masa uols beli Cuckoo promosi  tambahan 1 tahun servis lagi, kiraan mcm kat bawah

Cash RM3200
Bayaran servis setahun RM400 x 2 tahun = RM800

Total untuk 5 tahun = RM4000

Perbezaan installment & Cash = RM5448-RM4000=RM1448

So kita tengok kat sini, jika belian cash, untuk jangka masa 5 tahun, kita masih lagi untung RM1448

MEMANG JIMAT SANGAT! 


MANA LAGI BERBALOI?

Mama Anis memang tak dapat bagi jawapan ni.. Semua terpulang pada korang. Ada sesetengah orang, lebih suka bayar ansuran, kerana dah tak perlu fikir untuk servis sepanjang 5 tahun tu. Bayaran pula memang auto debit terus daripada akaun, jadi memang tak der masalah terlupa nak bayar dan sebagainya. Satu lagi, harga ansuran bagi Mama Anis, memang mampu milik kerana bawah RM100, untuk kualiti Air Mineral Beralkali Ringan. Bila masuk tahun ke 4&5, harga makin rendah. Dengan adanya plan macam ni, semua orang mampu dapatkan kualiti air terbaik untuk seisi keluarga.

Ada juga yang suka belian cash kerana tidak mahu tertikat dengan komitment bulanan. Jika ada duit lebih memang berbaloi sangat-sangat. Kalau di kaji-kaji, memang harga penapis air untuk kualiti Air Mineral Beralkali Ringan ni memang mampu milik, berbanding harga cash model-model cuckoo yang lain.

KESIMPULAN

Mama Anis harap entry kali ni dapat bantu korang buat keputusan. 

Tak silap Mama Anis, Cuckoo masih lagi bagi FREE YURAN RM265. Kalau nak lagi best, Mama Anis syorkan pegi je ke website Cuckoo ni, memang cepat urusan dia, siap dapat FREE GIFT lagi. Tak kira korang kat mana pun, mereka cover satu Malaysia. Mama Anis punya saudara mara dan kawan-kawan pun suka rekomen mereka. korang klik jer link kat bawah tu.


Haaa, satu lagi, bulan ni masih lagi ada Promosi Cash/Outright PERCUMA 2+1 Servis. Korang boleh tanya diaorang nanti..

Mama Anis tak sabar nak tunggu periuk Cuckoo Mama Anis sampai. Nanti Mama Anis story lagi. 










Monday, 14 January 2019

TERAPI GUASA UNTUK SAKIT KEPALA & MIGRAIN

Hai Uolss.... Dah lama Mama Anis tak Sharing ngan korang.. Ni ari Mama Anis nak share something yang sangat-sangat best..Terutama bagi mereka yang ada masalah migrain dan sakit kepala macam Mama Anis nie.

Sebelum ni Mama Anis memang kerap sakit kepala, ubat panadol dan ponstant ni macam makan kacang jer πŸ˜…πŸ˜…. Kalau tak ambil memang tak leh tahan.. Siapa2 yang pernah rasa, tau la macam mana kan.

So nak dijadikan cerita, Mama Anis baru pindah rumah, so paham-paham jer la bila pindah rumah ni, memang badan sakit-sakit, rasa bisa-bisa satu badan.. So Mama Anis gigih la dok cari kat group penduduk sekitar Selayang, Gombak dan Rawang.. nak cari orang datang mengurut. Alhamdulillah, akhirnya jumpa la jugak.

Urutan dia 2jam, sangat-sangat best, kalau tengokkan muda lagi orang nya.. Mama Anis mula-mula ragu-ragu jugak, sbb biasa terkena, kita nak urut betulkan urat-urat, tapi yang datang takat gosok-gosok jer... Tu yang mula-mula, Mama Anis cuak la juga...πŸ˜†

Tapi tak per la, tak cuba kita pun tak tau kan.. So mula-mula dia urut tapak kaki Mama Anis, pergh.. rasa berketul-ketul urat kat situ.. Dalam hati Mama Anis, alamak, don't judge a book by its cover.. Termalu sendiri rasa.. Teguran Allah pada Mama AnisπŸ˜“.

Walaupun badan Mama Anis ni berisi, kena jer tiap tempat yang dia sentuh. Ha, satu lagi, jarang sekarang ni nak dapat orang urut macam bidan dulu-dulu.. Dia siap petik urat besar celah kangkang, wah masa tu sakit, almaklum laa dah lama tak berurut betul-betul macam tu. Tapi lepas dia lembutkan dan betulkan urat-urat dan otot kat situ, terus tak rasa sakit macam mula-mula dia pegang.

Sambil-sambil urut tu, Mama Anis sembang la dengan Su.. Satu lagi kepakaran dia, Selain urut traditional dan Urut Besalin, Su ada cerita pasal GUASA.. Mama Anis tak pernah dengar sebelum ni.. Ooo Rupanya, satu kaedah terapi. Korang tengok la kat bawah ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡. Tak larat nak taip satu-satu.


Masa sembang-sembang tu Mama Anis cerita la pasal sakit kepala ni... Lepas selesai urut, Su bagi Mama Anis cuba terapi ni.. Dia bagi trial percuma untuk Mama Anis. Wah...excited sangat-sangat Mama Anis rasa..

Untuk terapi tu mula-mula dia gesek papan guasa tu kat bahagian kepala Mama Anis. Masa tu rasa sangat-sangat macam pasir-pasir halus jer.. Bila Mama Anis tanya, Su bagi tau, mengikut daripada Dr dan Sensei yang mengajar dia, tu adalah salur darah kepala yang dah mula blok. Dekat kepala asa banyak salur darah halus-halus. Jika orang migrain, mesti rasa macam berpasir jer bila gesek papan tu.. Tapi yang magicnya ( yer la perkara baru bagi Mama Anis), bila beberapa kali buat, rasa sangkut tu hilang. kepala mula rasa ringan...

Kat kepala tu dia bahagikan kepada beberapa bahagian. Bila dah selesai, Su tambah sikit lagi dengan gesek kat bahagian tepi leher Mama Anis. Terus nampak merah-merah. Bila dia diagnos tu SA tahap 2. Kemungkinan banyak toksik dalam badan, dan salur darah tak dapat mengalir dengan baik.

Lepas selesai sesi tu, badan Mama Anis rasa ringan, kepala rasa lega sangat-sangat.. Total sesi tu dekat 2jam 45 minit laa.. Mama Anis tanya, berapa cas tambahan, sbb lega sangat-sangat dan mama Anis puas hati la dengan servis dia. Tapi dia bg tau, lebihan masa dia tak cas, anggap la tu hadiah daripada dia... Adoiii, baiknya ko dik.. mudah-mudahan melimpah ruah razeki.

Mama Anis tetap bagi ekstra kat Su, sbb Mama Anis paham tenaga dan masa yang dia dah luangkan untuk Mama Anis. Memang nampak terpancar dia punya passionate dalam buat urutan dan terapi tu.

Malam tu Mama Anis tidur lena sangat2.. Bila bangun pagi badan rasa ringan, mood pun ceria jerπŸ˜‡πŸ˜‡.  Kesan-kesan SA kat leher tu, ada rasa sengal sikit-sikit jer. Yang paling best, asben Mama Anis tegur, seminggu tak dengar Mama Anis bagi tau sakit kepala. Kalau tak asben la terpaksa tolong picitkan kepala Mama Anis. Alhamdulillah, Mama Anis dah seminggu tak ambil apa2 pain killer sbb kepala tak sakit.

Dalam hujung minggu ni Mama Anis dah booking appt untuk sesi ke-2. Tak sabar nak tunggu.

Owh lupa pulak, korang boleh la tengok Madame Su punya website ni
---> GuasaExpertByMadameSu <--- Korang kena tengok tau, sbb banyak video & gambar-gambar real kat situ. So korang akan dapat la sedikit idea tentang terapi ni.

Tapi website ni khas untuk Guasa jer. Boleh la kalau korang ada masalah-masalah dan nak cuba cari alternatif lain. Sebab bagi situasi Mama Anis, kalau nak ngadap ambil pain killer je, lama-lama takut juga masalah buah pinggang. Tapi kalau ada alternatif lain, yang blh buat kita kurangkan pengambilan pain killer, why not cuba. Sbb ilmu Allah maha luas, setiap penyakit, pasti ada ubatnya.

So kalau korang sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak, Ampang, Rawang & Shah Alam nak urut, nak cari Confinement Lady, boleh la contact dia. Kat website tu ada no wasap dia.

Mama Anis just sharing melalui pengalaman yang Mama Anis dah lalui. Kalau benda bagus, apa salahnya kongsi. Razeki Allah Maha Luas.

Ok la, kat bawah ni senarai link untuk urut dan terapi. korang tengok la yer..

---> Let's Urut ( Confinement & Traditional Massage) <--- link urut

---> GuasaExpertByMadameSu <--- link terapi guasa

Ok la, Mama Anis stop kat sini dulu. Nanti ada benda-benda best, Mama Anis share lagi yer.