Hai semua.
Ni ari Mama Anis ada banyak masa, so Mama Anis nak share dengan korang semua Tips Nak Pilih Penapis Air antara Cuckoo atau Coway. Almaklum ler Mama Anis baru jer tukar penapis air baru + penapis udara ( Penapis udara ni secara tak sengaja terbeli..Nanti Mama Anis cita)
Mama Anis tergerak nak buat post ni, sebabnya ramai kawan-kawan dok tanya, naper pilih Cuckoo, kerana rata-rata mereka pakai Coway. Baru-baru ni jer mereka nampak sebab tengok Gegarvaganza huhuhuhu..
Mama Anis tau, mesti ramai teragak-agak nak pilih jenama Cuckoo atau Coway. Sebelum ni pun Mama Anis hadapi situasi yang sama. Sebab kawan-kawan kata Coway bagus dan ada jugak yang cakap Cuckoo bagus. Memang Confius💆💆. So daripada situ Mama Anis start buat research (cewahhh poyo jer bunyi kan😅)
Dengan gigihnya Mama Anis Google dan pegi ke booth yang jual Coway dan Cuckoo.
SEJUJURNYA TAK DER LA BANYAK BEZA PUN. Kedua-dua ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Bagi Mama Anis, ia banyak bergantung pada BAJET & KEPERLUAN kita.
Sebagai contoh, Coway ada macam-macam penapis air, dan setiap model hasilkan kualiti air berbeza-beza (RO,Mineral & Alkali).
Untuk memudahkan korang, Mama Anis bagi 4 PERBANDINGAN yang cukup mustahak sebelum korang buat pilihan.
1) HARGA & KONRAK
Semestinya Mama Anis akan comparekan harga dahulu. Bukan apa, supaya tak membebankan dikemudian hari. Jika silap beli, akan terikat dengan kontrak yang panjang paling-paling tidak 5 tahun..Rugi kan?
Hasil survey Mama Anis dapati, Penapis Cuckoo jauh lebih murah, dengan kualiti air mineral beralkali ringan. Ada beberapa pilihan harga bawah RM100 seperti:
⇝Model King Top2 ~ RM82/bulan (Promosi RM58/bulan)
⇝ Model Xcel ~ RM85/bulan (Promosi RM66/bulan)
⇝Model VIVID ~ RM93 (Promosi RM66/Bulan. Air Panas dan Suam)
⇝Model Iris Top ~ RM97
⇝Model WARRIOR ~ RM100

Kontrak pula, bagi Mama Anis, sangat berbaloi. Sekarang ni ramai yang suka plan sewa, sebab tak perlu komitment nak kena bayar servis, jadi kita buat seperti langgan Astro, bayar je bulanan, servis ok, kita teruskan, servis tak ok, kita terminate jer. Kontrak Cuckoo, lepas 3 tahun, kita dah boleh terminate atau nak upgred tukar model lain pun boleh, tanpa kena panaty. Bab ni yang buat Mama rasa lega, sebab kita baru nak guna, andaikata tak puas hati atau bila keluarga makin besar, kita boleh return balik atau upgred tukar model lain. Kalau nak jadikan hakmilik, sambung je bayar sampai tahun ke 4&5, masa ni Cuckoo kurangkan harga bulanan, lps 5 tahun mesin jadi hakmilik.
2) KUALITI AIR
Dari segi kualiti air, Mama Anis lebih tertarik dengan Cuckoo ni, kerana hasilkan air mineral beralkali ringan. Tak kira Model mahal atau murah, semua kualiti air sama. Tak seperti Coway, kalau nak yang Mineral & alkali, mesin air lain-lain dan jauh lebih mahal.
Air mineral bealkali Cuckoo ni, bagus untuk kesihatan, sebab PH dia tak over dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).
Untuk Coway pula, kebanyakan model menghasilkan air Reverse Osmosis (RO). Kalau ada jenis Mineral Beralkali, harga agak mahal. Air RO ni ada kebaikan juga, sangat-sangat sesuai untuk pesakit buah pinggang. Sebab buah pinggang dah rosak, jadi perlu ambil air yang tak der apa-apa mineral untuk ringankan kerja buah pinggang.
So terpulang pada keperluan korang la yer.. Macam Mama Anis, memang suka Air Mineral Alkali ni, kalau korang, Mama Anis tak tau la.
Tapi kalau korang jenis tak kisah minum air apa-apa pun, korang ambil yang RO pun dah ok. Cuma kalau korang jenis aktif, ada pulak anak kecil, atau untuk mak ayah korang, better ambil air mineral ni, sebab banyak manfaat kesihatan untuk korang sekeluarga. Tak caya korang boleh la Google sendiri yer.
3) SERVIS / WARRANTY
Servis Cuckoo ni setiap 4 bulan sekali. Bila Mama Anis tanya, diaorang bagi tau setiap kali servis mereka akan buat ceklist, serta tukar filter baru. Cukup setahun complete set semua filter baru.
Coway pula, servis setiap 2 bulan sekali, dia akan buat ceklist, cuci filter dan tangki. Pertukaran filter 6 bulan sekali.
Warranty pula kedua-duanya sama, sepanjang tempoh kontrak.
Masa Google-google tu ari, Mama Anis tengok, Cuckoo tak banyak orang complain pasal servis ni
(yang ni Mama Anis suka).. Kalau korang nak puas hati lagi, korang boleh la usha-usha sendiri.
Korang jangan terlepas pandang yang ni. Mama Anis pun belajar daripada pengalaman yang lepas-lepas. Ramai orang masa beli, main beli jer, tak tanya bayaran servis lepas tamat kontrak. Korang patut tahu, kerana bila dah tamat kontrak, mereka tak akan datang servis dan mantain korang punya penapis air..
Jadi untuk pastikan semua di servis dan mantain macam biasa, korang perlu bayar pakej servis.
Hasil daripada survey Mama Anis Penapis Air Cuckoo menawarkan pakej servis paling murah. Paling best, tiap kali bayar pakej servis, cuckoo akan extend warranty. Jadi mesin sentiasa terjaga.
5) TANGKI / TANK
Dari segi material, tangki Cuckoo dibuat daripada keluli Anti-karat dan Anti-bakteria. sangat-sangat bagus untuk kekalkan suhu sejuk/panas air dalam tangki.
Manakala tangki Coway pula menggunakan plastik. Korang rasa-rasa mana lagi bagus?
Technician Cuckoo bagi tau, sistem refill Cuckoo ni laju. Kalau korang ambil air 1 gelas, terus dia refill satu gelas. Jadi korang tak akan terputus bekalan air, walaupun tangki tak besar. Kata diaorg kecil-kecil cili padi😜. Macam revolusi hand phone (hp) dan televisyen (tv).. Kalau dulu semua besar-besar. Bila teknologi makin canggih, semua slim-slim dan nipis... Sampaikan Cuckoo ada penapis air yang tanpa tangki (tankless), tapi boleh ambil air Cold, Hot dan Room Temperature on the spot, unlimited😱😱.
Coway pula memang perlukan tangki yang besar. Untuk hasilkan air RO, filter dia kena tapis titis demi titis, sebab nak tapis semua jns mineral, sebab tu Coway perlu tangki yang besar. Kalau tangki kecil, jenuh la nak tunggu dia tapis.
KESIMPULAN
So kesimpulannya, apabila Mama Anis bandingkan kedua-dua jenama ni, Mama Anis memilih penapis air daripada Cuckoo, kerana ia menawarkan harga yang sesuai dengan bajet Mama Anis, dengan kualiti air yang Mama Anis perlukan. Lagipun family Mama Anis besar, so ngam sangat-sangat la pakai model ni.
Masa beli Cuckoo Combo tu ari, Mama Anis dapat FREE YURAN RM265 + FreeGift daripada website cuckoo ni. So kalau nak JIMAT, korang boleh tengok Promosi apa yang ada. Macam tu ari Mama Anis ambil Combo Penapis Air+ Penyaman udara.
Mama Anis cadangkan korang boleh klik je website kat bawah ni. Dengan diaorang ni, lagi mudah dan cepat. Sale Representative (SR) diaorang akan terangkan apa yang korang nak tau dengan lebih detail.
Tak kira la, lokasi korang kat mana, korang boleh berurusan dengan Cuckoo. Sebabnya semua boleh buat online.
Kalau korang tak tau nak pilih model apa, SR diaorang akan bagi FREE CONSULTATION. Korang jangan risau, diaorang tak akan paksa korang beli😆.
Mama Anis siap boleh request untuk pasang saluran daripada penapis air ke sinki, masa tu masih lagi percuma, tapi tak sure la nanti kalau mereka dah start kenakan bayaran. So senang Mama Anis nak basuh buah, sayur atau nak pakai buat masak. Sah-sah air bersih. Paling syok, dapat Extra Gift lagi.
Mama Anis harap perkongsian ni dapat bantu korang. Untuk detail, korang tekan jer link kat bawah ni, nanti korang jawab je soalan survey, sbb mereka nak tau korang nak cari produk apa, lps tu mereka akan contact korang (Nanti korang akan dpt kupon hadiah drp diaorg😁). Mama Anis pun tak tau sangat kalau nak citer lebih-lebih.